Thursday, April 26, 2012

Lovely Day

Assalamualaikum sahabat ku.
Firman Allah bermaksud “Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia.?(Surah al-Ra'd, ayat 28)

subhanallah, Allah dah bagi care dah macam mane nak jadikan hati jiwa kita ni sentiasa tenang tidak gundah. iaitu MengingatiNya. Zikrullah. banyak cara kita nak dekatkan diri kita dengan Pencipta kita. Contoh ana bagi satu situasi waktu kite berjalan jalan nak pergi ke kuliah. luangkan lah mas 10 minit tu tadabur alam atau pun berzikir sepanjang perjalanan. baru kita sedar Allahuakbar, allah dah bagi kite peluang bernafas lagi untuk hari ni.. Kurangkan gula dalam minuman llebihkan manis dalam senyuman. ^____^Kita tau senyum tu satu sedekah, gunakan lah otot pipi  tu untuk Senyum dengan makcikmakcik ataupun org tua yang bekerja sapu sampah .Hee. bukannye nak suruh anda mengurat bagai. Semalam banyak ibrah yang ana boleh dapat dari seminar kami, Lung Abscess. Pia u kene study lebih sikit laa tajuk ni. Oh Allah, satu suara dari seorang kawan pada saya. satu lagi kawan, pia cane ye u bercakap spontan sambil 'membuat lawak' kat depan? Sekiranya kita percaya dengan konsep sama level disisi Allah nescaya kita sedikit yakin untuk berdiri di depan. memang ana sedikit kecuakan di depan. tapi teguran kawan2 amat ana suka. terima kasih. sama level disisi Allah tu kite semua diciptakan Allah, walaupun ade kelebihan kekurangan masing masing, namun dari pandangan Allah semuanya equalll. hanya mata manusia di kaburi dengan hijab ketakutan prejudis .
semalam juga result eom sudah keluar. ^_____^ senyum lagi naa. usahalagi. jangan jadikan Alasan  dakwah yang menyebabkan begitu. keluar dari kepompong cengkerang siput tu. orang lain boleh buat  tau. Assyahid imam HAsan AlBanna, kewajipan tu melebihi masa yang adaa. so go go! 


- kepada kawan ku, aku tahu engkau membaca , ingatlah kita sama sama mengejar citacita bergelar doktor, namun amat payah sekiranya tidak disertai dengan Usaha Usaha. disertakan dengan niat lillahitaala. jangan dilonggokkan dengan masalah keduniaan tau ^___^ Allah tu Maha Mengetahui, kalau manusia berdekatan kamu tidak memahami. Allah memahami kamu. so dont be sad! jangan putus asa tau. :DD. kamu saya dan semua. kita ni pemuda pemudi Islam.kenapa malas nak baca buku? kan kite ni kurang ilmu? jadinya jomla sama menelaah ilmu Allah yang luas ni. 
Kalau kite dah memahami ayat 28 surah Ar Ra'du. samesame lah kite applykannye,


berbual dengan sahabat tadi katenye nak bina baitul Muslim cuti ni. sama sama lah kite nannti nak makan nasi minyak. mungkin dia cuma bergurau ^_^". ana kagum, dia selau berkata benar walaupun pahit, anda bace anda la yang terasa ye. 


saje nak berkongsi satu artikel dari seorang sahabat muslimin mengenai 
seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang...

1-Kuat agamanya.
Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yg tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-Baik akhlaknya.
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah.
Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.

4-Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-Tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6-Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7-Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.
A8-Rakan pergaulannya.
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9-Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab

10-Tenang wajah
Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap .



 jodoh pertemuan Rahsia Allah, hanya mampu berdoa diberikan yang terbaik :DA

0 comments:

Post a Comment