Saturday, April 28, 2012

Andai Dirimu Mengerti

"Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"

assalamualaikum sahabat ku,

aku di sini menanti kan diri mu supaya dapat bersama sama dengan aku menempuh ujian dakwah ini. walaupun kau sering berkata, eh nape x join daurah? ko ni x join usrah apehal? 

kawan. usrah itu definisinya keluarga, tafsiran nya begitu meluas, bukan setakat buat bulatan tadabur quran dalam seminggu sekali. kita boleh buat usrah ni bilebile je teman. contoh waktu makan makan dekat cafe, selitselitlah sikit dengan kata kata motivasi kepada kawan kepada kawan yang lain sekiranya teman itu berasa down sedih etc

bukan aku mahu mengelak dari bercakap perihal ini. namun aku mengharap kau mengerti duhai sahabat, fikrah kita mungkin berbeza namun ia bukan alasan untuk menjauhkan ukhuwah yang kita bina selama berada di alam dewasa.

Allah Taala mengingatkan (maksudnya), "Katakanlah; sesungguhnya aku diperintahkan supaya mengabdikan diri kepada Allah dengan ikhlas ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama" - Surah Az Zumar:11

ingatlah wahai sahabat dan untuk diri juga, sekiranya kau membaca, tujuan hidup kita bukan untuk mencari keseronokan duit harta bagai. diri ini dan kamu belum cukup ilmu, samasamalah kita tampung kekurangan itu. hamba Allah, khalifatullah, menjadi pendakwah kepada orang berdekatan dan orang lain. Allah taala takkan tanya ape yang agama buatkan untuk kamu, padahal Allah akan bertanya ape yangkamu buatkan untuk agamamu ini?? ape nak jawab nanti?

namun ingat pesanan Hasan Al-Basri, sesungguhnya apabila aku menasihati kamu bukan bererti aku ni terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri, seandainya seseorang itu dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka sedikitlah orang yang akan memberi peringatan

kita semua ni pendakwah, mungkin aku sedikit kecewa dengan jawapan salah seorang sahabat ku, aku bertanya kenapa tak join usrah, sudah ade peluang didepan mata kenapa tidak dirembat aja, sahutnya, nmpak peliklah aku masuk usrah. mungkin inilah yang dikata Islam bermula dengan asing dan akan kembali asing di akhir zaman. nauzubillah min zalik..Duhai teman. aku doakan semoga kamu berubah sedikit demi sedikit. itu lebih baik ^___^. 

alamaksusahnya nak lawan nafsu sndiri. Help me, anyone? :) Inallah' maana
a biento :DD


0 comments:

Post a Comment