Monday, July 15, 2013

Peace and Calm

salam wbt. AlhamdulillahirabbilAlamin. diberi peluang utk melafazkan syahadah hari ini. Sungguh Allah itu memberi peluang pada hambanya utk terus melakukan taubat ,kebaikan padaNya.
Alhamdulillah diberi kesempatan utk menaip sedikit cerita utk perkongsian bersama :) saya mula dgn exam mood>result>viva>research>ramadhan>balik

study week about 3weeks mmg memakan masa yang sgt lama dengan nota nota yang perlu dihabiskan. dan guess what. memang sngt stress ya Allah. dengan mengadap news feeddgn kawan2 yang dah habis examkini ada di airpot T.T. dan setiap hari tu jugalah saya selalu tepon rumah nak dengar suara mak abah dekna.ye itu sebab saya kuat dapat bertahan sampai hari ni. Dan dapat pesanan time study weekdari seorang sahabat kita jangan cakap stress la study banyak lagi tak baca. ingtlah satu perkara kita jngan ingat dengan usaha saja dah cukup utk berjaya. redha dari Allah tu yg mustahak. kalau study sampai lewat mlam.laslas tak bangun subuh,subuh gajah.rasanya Allah redha ke? jadi setkan diri niat aku studylillahitaala, sebelum nak study baca doa. rasa nak tido tido awal.bgn awal tahajud hajat dan sambung study. ingatlah exam di akhirat tu lagi buatkan kita terketaqketaq :) rasa nak habiskan sume nota memang takleh jadi buatlah study group. dan saya tahu ada orang yang pndang slack dngn saya sebab buat study group dngn seorng lelaki dgn dua lagi perempuan. tapi kalau niatkan study utk ilmu Allah. rasanya taksalah selagi taklanggar batas syariat. dan denga study grup tu Alhamdulillah bnayk tingktkan prestasi utk 2nd yer ni compare to 1st yer dulu dok study sorg.dan hari hari seterusnya. yang penting ingat,put Allah First in everything we do. niatkan utk Mardhatillah insyaAllah. 

exam exam. rumate told me that dia sngt bencikan exam. taktahu nak cakap ape.memng sistem sekular kan. barat system,setengahnya ok setengah lagi memang suck! dan Malaysia kan negara Islam berdaulat. kalau menyatakan pendirian seperti AlFadhil Dr Mursi rasanya tak seberani tu. Malaysia juga bukan ke salah satu terkuat OIC, taktahulah apa sumbangan M'sia ni. okok. exam :)
seperti biasa utk exam atau apapon yang penting Doa. Percaya Dia. Dengan menginagti Allah hati akan jadi Tenang (Ar'Ra'du :28)  dengan azam semangat kene hadapi juga.follow the flow :) mintak mak abah doakan terbaik.

result. lepas abes papaer mcq 2.ingatkan dalam hati jangan seronok sangat dah habes. maklumlah petang tu result kluar dan kawan cakap ikut hukum karma seronok sekarang menngis kemudian. ada ke camtu? tapi well saya agak setuju. takpe2 korang sernok enjoy la sekarang.jangan nak menangis tak sudah la lepas tu. dan Alhamdulillah Allah tidak akan membebani seseorang melainkan kemmpuannya. Alhamdulillah tidak kene viva sebab saya mmg tak sngup dah T.T huhu. untuk sebelum ni rasanya takde masalah kalau seniors tau saya viva. tak perlu kot nak malu rasa jatuh maruah dan etc. tapi ade senior tanya siapa yang kene dan rasanya saya tak perlu mention siapa yang kene sebab ini kawankawan. ada yang tak suka senior tahu. tapi disebabkan keegoan dan rasanya maruahnya tercalar dia marah dengan seorang ni yang menjaja nama kawan viva. bagi saya yang dah dua kali kene viva. senior tahu maknanya akan ada yang bg semangat kat kita.kita hidup berkomuniti sekeluarga tak perlu rasa rendah diri bila kena viva.roda pon kadangkadang kat atas ada kat bawah. buat ape dorang post soalan2 viva yanglepas semata utk tolong kita. Think +ve sikit ok. dari berkawan tak bertegor sapa. apekes? sematasebab nak menjaga maruah kamu seorang.

research yang harapannya boleh siap dalam seminggu. impossible. at least simple research selama sebulan. Alhamdulillah. saya gtau kawan pasal detailnya supervisor saya. dan katakata dia, ni baru sikit kalau nnti kat hospital lagi terok demanding, kene marah. adaptlah dari sekarang. seorang lagi. untung u dapat dia, boleh menguji kesabaran puasa u. Ya Allah. malunya >.<' dia tu lecturer. dia tahu apa terbaik tok kita. evaluation of BST on 3rd yer students. saya tak mula lagi bahagian saya. hehe. ramadhan datang. sempat lagi utk kali ini berpuasa. mana tau ini kali terakhirkita? dan berbuka bersama sahabat saya dengan nasi air dan kuih. bersahur sorang, makan roti dan air masak. Alhamdulillah walaupun hiba tak dapat sekali ngn famili.huhu tapi pikir balik ada yang lagi susah dari aku. bakpelah takbersyukur :)

balik. alkisah sementara nak menunggu bas sampai. ade seorg pkcik ni time hujan lebat dia boleh mandi. kesiannya T.T dan org2 lain dok sibok tengok dia dan bercakap sesama sendiri. tapi satu yang salutekan pkcik ni. dia tengah kutip sampah dan buang kt tong sampah! ya Allahurabbi. mulianya hati pakcik ni. walaupun macam tu tapi dia boleh pikir kebaikan. tapi kita? sampah depan mata adake kutip masukkan dalam tong samph. saya melukis senyuman dengn harapan pkcik, mga Allah melindungi pakcik. dan saya sayang orang2 tua. sya syng mak abah :) dan alhamdulillah utk segalanya sampai hari ini Allah memberi peluang utk terusbernafas beramal utk Nya utk mak abah

setkan bulan Ramadhan ni

  • baca Quran tadabur khatamkan Quran,habis solat fardhu solat sunat baca dua helai atau lebih
  • terawih, tazkirah 
  • masak2 kemasrumah belajar masak
  • baca buku haraki. mantapkan ilmu
Walllahua'lam. andai terkasar bahasa maaf. utk kita, sebelom menuju ke arah perkahwinan. make sure diri kita dh bersedia, jaga hubungan dengan Allah, rapatkan hati kita dgnNya, belajar mencariilmu, hormat orang tua, belajar mengasihani yang muda, berpikiran matang, komitmen pada usrah, pesann utk diri ni ^_^
Read Comments

Tuesday, April 9, 2013

Demand seorang Muslimah

salam wbt, sahabat sahabiah sekalian. banyak urusan hal yang sedang berlaku ketika ini. Sigh.
apepon, tanggungjwb sbg daie ilallah, pelajar khidmat untuk umat, anak untuk mak abah,tempat meluah merasa untuk sahabt2 menjadi rutin kebiasaan.Dan merasa sangat gembira akan nasihat dr seorang sahabat serumah, bertanya tentang status, hubungan, pengurusan hubungan itu, penyelesaiannya. dan satu kata katanya 'pia kena belajar melepaskannya'. maksudnya kita tidak tahu apa betul mmg dia terbaik tok kita, jadi sebelum jadi bnde2 tu semua, better kita bersiap sedia dr awal. yelah. Semuanya hak Kekal Allah, sampai masa akan kembali padaNya, bukan hak mutlak kita. even kita sayang mana pon sahabt. dia tetap milik kekal Allah. ana ada dua pilihan time tu sama ada terasa ngan nasihat yg diberi sampai bengang ataupun sabar dan berfikiran matang pikir dari sudut pandang perspektif yang positif. Ketuk dalam hati cakap, maybe sahabt aku ni sayang kat aku, dia nak kita sama sama berubah. Allah ingin menegur ana dengan perantaranya sahabat ana,  jadi ana menerimanya terbuka hati. tapi semua itu bagi ana perlukan perubahan yang bukan drastik tapi secara marhalah. berperingkat. slow slow

demand ke ana untuk meminta yang terbaik utk ana, terbaik utk kelahiran umat nabi Muhamad akan datang? jadi semua tu perlu ana observe perhati dari sekrang. ana tidak meminta lebih cuma ingin yg semampu terbaik untk diri dan bakal2 jundullah satu hari nnti biiznillah. kalau diberi pilihan sama ada cinta makhluk yang tidak kekal dan berjuang di medan jihad fisabilillah. ana insyaAllah mampu untuk memilih perjuangan, tadhiyah dan pengorbanan di Jalan Allah. Tapi sebenarnya ana akan memilih dua dua itu, cinta makhluk iaitu sang suami yang bersama turut seta dgn ana berjuang di medan dakwah bukannya seorang suami yang tidak memahami jalan islam ini. ana perlukan seorang yang sefikrah dengan kita, tapi apepon jodoh tu Rahsia Allah, Allah tetapkan maka jadila

memang ana dah terikat, tapi bukan bermakna ana milik dia, selagi belum smapai masanya, ana akan perhati perangainya, cara dia bergaul dengan perempuan lain, pemakaiannya, ukhwahnya dengan sahabat yang lain, progressnya dengan usrah dan program, ilmunya, itu saja yang perhati bukan perhatikan wang yang dah dikumpul berapa banyak. namun ana bukan cakap untuk dia, tapi untuk peringatan diri ini juga yang perlukan persediaan yang lebih lagi. segalanya bermula dengan niat, ap yang kita niatkan itu lah hasilnya nnti. jangan terburu terburu dengan keputusan tanpa persiapan yang lengkap, kita, ana dan awak solat wajib pon kadang2 terlewat, solat sunat dhuha, hajat, qiam ada kita buat? hubungan dengan Allah rasa dah kuat ke sebelum pergi ke alam perkahwinan? kita pikir sama2. sebenarnya itu kekuatan kita, hubungan dengan Allah.. insyAllah jika hubungan kita dengan Allah tu terasa.. akan spread pada hubungan sesama makhluk. sahabat kita ibu bapa kita adik beradik kita. dan urusan semuanya akan dipermudahkan termasuklah urusan nikah :) jadi sama sama kita berubah kepada lebih baik. ada salah kita tegor, tapi ana prefer utnk mendiam diri sebab ana tahu lemahnya ana dengan sikap panas, bila bercakap dah tak nampak dngan siapa kita bercakap. itulah sebenarnya demand seorang muslimah..

baru ketahui cuti dibekukan untuk kami bergerak, tapi pasti adhikmahnyakan^^, buat sahabat sahabiah yg bergerak kerja di tganu tempat laman tarbiyah kita.. all the best! kalau x mampu buat semua jangan tinggal semua

10/4 am tues, castle of the glass for the warrior of mujahideen instead of war fighters

Read Comments

Saturday, February 2, 2013

Jangan Ada Selain Dia

Salam Wabt.
satu perbualan yg singkat tapi tertusup! :) antara seorg along dengan seorg dekna

*situasi : satu malam terlihat tv cerita kat tb pasal hantu karut
Along : hiiiiiii.. hantu belakang dekna tu
Dekna : sambil lari ke arah along smbil dok buat muka seposen. Takut2

*situasi : sepetang di kereta sambil tggu mak abah
Along: dekna, along takutla.. (padahal x takut, saje nak sakat dak kecik tu)
Dekna : Ala, Along nak takut ape, dekna takut Allah je.

^^, pandai pandai budak sorang ni. 

Sambil pikir banyak kesan media ni pada pmikiran seseorang, dah la satu satu drama filem dilonggok dengan hantu karut marut. Ingat bolh takutkan orang ke? No Such a Way.

Dan mereka (yang musyrik mempersekutukan Allah dengan) menjadikan sebahagian dari hamba-hamba Allah sebagai anak bagiNya. Sesungguhnya manusia (yang demikian sesatnya) sangat tidak mengenang budi, lagi nyata kufurnya. (AzZukhruf :105)

# tersentap : okay selama ni kita pkir mempersekutukan Allah hanya dari perbuatan yg kita zahirkan, tapi ada satu lagi iaitu dari segi batin, hati , 

macam mane hati pon boleh kata syirik. Riak Ujub, TAkut selain Allah. Tu Dia.. 
tolonglah jangan Ada selain Allah dalam hati, Plis la~~ ada satu hadis, haram syurga bagi mereka yang dalam hatinya ada sifat riak. Allahurabbi :(

Satu lagi kenapa malam tu bagkitan rasa takut kita berbanding siang?pernah terpikir? Baca Ni :)


^_^. jom same same boikot filem directed by orang yang malas berpikir. rempit la, wawasemputla, 

tak membina minda lagsung. keje dok sesat pikiran manusia. bagi lagi malas nak berpikir
- kadang2 layan kungfu cina, ngan indon mcm laskar pelangi  :P  daridulu lagi Hee

#cvs running. Minda tajdid DrMAza







Read Comments

Sunday, January 27, 2013

Ya Hanana

Beruntung nya kami umat Nabi Muhammad SAW. pengakhiran hidup baginda masih lagi memikirkan tentang umatnya.

nak kongsi mengenai keistimewaan sirah Nabawiyyah :)


1) Sirah yang menceritakan sejarah nabi utusan ALLAH ataupun sejarah keagungan seorang tokoh islah yang paling sahih. Tidak wujud fakta palsu atau sebarang penyelewengan terhadap kisah kehidupan Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم .---- namun, tidak semua kisah yang dikatakan sirah yang dicatat dalam sesetengah kitab ialah sahih, contohnya, Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم tak pernah bagi wasiat kepada Saiyyidina Ali mengenai Khilafah. dan ia adalah batil.


2) Perumpamaan yang didatangkan oleh sebahagian pengkritik Barat, bahawa Muhammad صلّى الله عليه وسلّم satu-satunya tokoh yang lahir dibawah sinaran matahari. Perumpamaan ini menggambarkan bahawa setiap inci peristiwa yang berlaku kepada batang tubuh yang mulia ini diketahui secara sempurna dan menyeluruh. ---- Bak kata Ustaz Yayha Bikhair, Nabi Muhammad صلّى الله عليه وسلّم ni ibarat hidupnya dikelilingi kamera. Mata para sahabat sentiasa merekodkan setiap sudut kehidupan Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم .

3) Kehidupan Baginda penuh dengan sifat kemanusiaan, tidak sesekali disertakan dogengan mahupun sifat ketuhanan yang akan terus menjadikan Baginda model manusia yang kamil. ---- maksudnya, ia merupakan sirah seorang manusia, bukan malaikat, bukan tuhan, bukan selainnya. Ia boleh dirujuk dan dicontohi, cuma maqam kemuliaan Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم saja yang kita tak mungkin dapat.

4) Sirah Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم memberikan contoh bagi sudut kemanusiaan yang dimiliki manusia , menceritakan kepada kita uslub Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم sebagai pendakwah kepada ALLAH yang mencari cara paling efektif untuk memastikan dakwahnya diterima. Ia juga meriwayatkan Baginda sebagai pendakwah yang mencurah tenaga dan usaha yang maksimum untuk menyampaikan risalahnya, juga memaparkan peranan sebagai ketua negara yang sangat adil, suami yang mithali, dan murabbi yang agung. ---- Uslub, kaedah, cara… dakwah bil Hubb <3

5) Satu-satunya sirah yang memberi dalil yang tidak diragui tentang kebenaran risalah dan kenabian Baginda kepada kita. Segala hinaan, cercaan, cemuhan dan kejian adalah bukti bahawa Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم menghadapi suatu sunnah perjuangan yang ‘normal’. Tiada mukjizat dan perkara luar biasa, akan tetapi melalui bukti-bukti logik dan boleh diterima akal.---- Maksud tiada mukjizat dan perkara luar biasa, bukannya menafikan wujudnya mukjizat yang ALLAH kurniakan kepada baginda, maksudnya disini ialah, hanya dengan melihat sirah Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم sahaja , kita pasti yakin bahawa Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم itu utusan ALLAH, yakni manusia yang dipandu wahyu. Apabila ditambah dengan mukjizat-mukjizat kurniaan ALLAH, semakin bertambahlah keyakinan..

Justeru, kita kena la wajibkan diri kita untuk mengHadam perjalanan hidup Kekasih agung kita supaya kita mampu bawa nilai-nilai dan pengajaran sirah Nabawiyyah ke dalam jiwa kita, sekaligus mengamalkannya dan beristiqamah dengannya. 


Banyak cara nak tambah pahala, nak dapat rahmat ALLAH, bukan sahaja dapat kat kita, bahkan dapat kat orang lain dan semua makhluk ALLAH ..hanya dengan cinta Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم .. Allahuakbar T.T
Bagi siapa yang suka iringan alat2 muzik, suka bergendang, boleh berqasidah,
Sapa yang suka membaca, boleh baca sirah nabawiyyah,
Siapa suka dan pandai bercakap, boleh cerita kat orang tentang Kekasih kita Nabi Muhammad صلّى الله عليه وسلّم ,


Siapa suka menulis, boleh tulis novel atau cerpen mengenai akhlak Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم ,
Siapa suka menaip dan berfacebook dan bertwitter, boleh tulis, twitt dan share post2 serta gambar mengenai kelebihan Nabi kita Muhammad صلّى الله عليه وسلّم .


“Kami tak suka, membaca, menulis, bergendang, bercakap dan berfacebook. Macam mana? Kami suka bermain dengan kucing, bersiar-siar di tepi pantai, memandu kereta, main game, edit gambar.
ok, buat yg suka main kucing, main game , gila memandu mcm saye ^^, edit gmbr kt instgrm ke. mybe ni boleh jd uslub yg kreatif :) Hee
Suka bermain dengan kucing? Bermainlah dengannya dengan cara Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم . Kan Baginda sukakan kucing..Cakapkan kata-kata yang baik kat kucing tu… jangan tarik-tarik bulu dia, apa korang ingat kucing tu takda perasaan ka?
Suka bersiar-siar tepi pantai? Boleh saja, jangan sekadar bersiar-siar tanpa makna,, cuba kutip sampah, share makanan yang kita bawak dengan pengunjung lain, menutup aurat, bukan ka tu semua ajaran Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم jugak.


Suka memandu kereta? Memandulah dengan berhemah, boleh lekat stiker Mahabbatur Rasul kat cermin kereta, pasang qasidah dan selawat sepanjang perjalanan.Nak gempak lagi? Korang lekat bendera yang tertulis ayat-ayat seperti Saya Cinta Rasulullah, Jom Amalkan Sunnah Rasulullah, Jom Selawat, Jom Tutup Aurat dan sebagainya kat kereta korang. Buat ala-ala orang semangat nak sambut merdeka gitu..Amacam?


Suka main game? Korang edit player korang, bagi dekat baju dia tulis ayat-ayat cinta Rasul. Pastu, korang slowkan volume untuk game effect, korang pasangkan mp3 selawat, qasidah atau ceramah tentang Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم . Setkan alarm waktu azan. Pastikan semua kerja selesai, baru main game. Boleh kan..^_^


Suka edit gambar? Lagi bagus. Kiranya korang ni terer la bab2 adobe photoshop dan corell kan.. manfaatkan kelebihan dan bakat korang tu dengan mendesign dan mengedit gambar-gambar yang membawa mesej2 Mahabbah Rasulillah, mesej2 dakwah. Seronok pun dapat, pahala pun dapat. Awesome kan.. ^^


kan best kalau dapat beli cd qasidah >> kata murobbi, qasidah salah satu cara nak semaikan rasa cinta pada Rasulullah>> lagipun saya memang suka muzik,, dgn qasidah smbil dok baca buku boleh dapat pahala free. insyaAllah, same2 kita amlkan..

pesan utk diri sndiri jugak.. make it Sunah life~~

Read Comments

Monday, January 21, 2013

Untung La Dah 21

salam sahabatsahabiah. lama tak update :)asif jiddan .

tengokfacebook, today birthday, upcoming birthday.. dan tengok sahabat2 yang sebaya sudah menginjak 21 tahun sedangkan saya masih 20 tahun 7bulan. huhu. Bukan ape kelebihan adapada mereka yang lahir awal .untuk sekarang. Happy birthday Yus, roomateku kat matrikulasi dulu.. bertuah sebab ade peluang menjadi salah seorang yang boleh ngundi pilihan raya umum 13 ni. Waaa ^^, dan jika Allah mengizinkan 5 negeri yang ditadbir akan terus ditadbir oleh pakatan Rakyat. hehe.

semasa nak tunggu result peeriksaan keluar dalam 5 hari yg lepas. debaran nervous memang ada, tapi lupakan kejapdengan baca bukukarangan Ridhuan Mohd Nur, Tragedi Memali. bagi ana kata-kata imamSyafie berbunyi keadaan yang sepatutnya kamu MARAH jika kamu tidak MARAH, kamu seperti keldai.memang. buku itumenimbulkan satu perasaan yang sangat benci pada kepimpinan taghut dan hiba sayu dengan jasa yang disumbangkan Ustaz Ibrahim Libya. Maaflah , bab siyasi memang kegemaran saya, bahkan semenjak sekolah menengah lagi isu-isu semasa yang melibatkan siyasi menjadi perbualan ana, dan Dahrenee and Punithen. dan sekarang dia berada di India, Medic atau dentistry, Lupa. Hee. KAta Cikgu sejarah saya Cikgu Kamal, 'Sejarah dalam buku kadang2 tak boleh dipercayai 100 percent. cuma dipandang parti berhaluan kanan yang dianggap hero dalam kemerdekaan negara.Parti berhaluan Kiri dianak tirikan.Dr Burhanuddin Al Helmy, dan yang lain2. pointnye, 21 tahun umur yang seharusnya wajib untuk menilai balik kepimpinan yang sedia ada. Syukur lah !

okay, Reset balik semangat study saya! study2! mungkin tertinggal kat maidam kot semangat tu :) moduleCVS. tang physiology Huh~~ nak taknak. kena baca jugak dengan suka hatinya ^^, pathology notes dapat taklifan dari ong utk buat nota.. sukanya :) tapi cuti yang panjng ni kadang2 buatkan kita lalai sebenarnya, jauh dari sahabat2 yang rajin ingatkan diri ini, kurang masa yang disiplin, jadual study yg x tersusun.. tapi Alhamdulillah :)adanya Instagram sebagai penghubung Whats app sebagai bualan. sentiasa terisi. Diri ni pon kena semangat jugak~Hee ;) jangan kerana diberi nikmat terus lupakan Dia ;( Ingat bila dah bernazar kena wajib tunaikan

Misi perlu komplitkan cuti ni- Cvs module | nota patho CVS | revise MY utk adik su | masak | karipap ^^,|

utk awak dan sayajuga : cuti ni jadikan setiap masa tu berkualitidengan tambahkan ilmu, rajinkan diri utk bantu family, ringankan beban mereka, jangan dok tengok tv sangat , main game sangat. 
kita pemuda Islam jadikan diri ini berguna utk keluarga dan Islam. 

Sesungguhnya ulama adalah pewaris para Nabi. Sungguh para Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bahagian yang banyak.”
(Riwayat Tirmizi, Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah. Disahihkan oleh Al-Albani)


katakata seorang sahabat ;"anak muda perlu sibuk dengan benda baik, atau kelalaian dan kerosakkan akan menyibukkan mereka." 

juga dri sahabat ana di kusza : mutiara kata dari sheikh Rohimuddin Al Banteni 
" Hidup kita sentiasa dengan CINTA.. nak memberi kerna cinta.. nak Ibadat perlu cinta.. nak hidup perlu cinta dan mengenal KHALIQ perlu pada cinta.. CInta itu tidak memerlukan UNDANG-UNDANG.. Kamu jangan pernah khuatir dengan jodoh.. Allah yang tentukan..tapi perlu kepada usaha.. Kita usaha kerana kita tidak tahu natijah-nya maka sebab itu kita perlu usaha jika ingin tahu apakah itu taqdir kita. Jangan rosakkan Cinta.."

"Bercintalah selepas kahwin.. Kerna CInta sebelum Kahwin.. Hanyalah NIFAQ.!
kepuraan.. sentiasa dalam Munafiq..kamu akan cuba kelihatan kamu sesempurna mungkin pada pasangan namun hakikatnya kamu dusta.! 
Jujurlah dengan CINTA.." (untung lah ada di Kusza ) tempat emak ana ngaji dulu 


ehem2 ;)




Read Comments

Thursday, October 11, 2012

Confirm when your determined!

Kalau Awak tak tau ape yang terjadi baik diam

Masalah bila ape yang dicakap disalah erti oleh pihak lain. sekira perlukan penjelasan sila terus ke saya. Jangan buat spekulasi, cerita kalau tak tau ape cuba saya sampaikan. 

Maaf sejujurnya dari saya. Saya pun manusia, kadang2 terlepas kata tanpa berpikir. tapi jujur, saya cuma menyampaikan perkara benar, dan takde kaitan dengan mana, sebab dalam pikiran ketika itu, dah highlightkan JAngan KEluarkan nama mana2 jemaah islam.. n i've done it.

Benda terjadi ni, Allah nak bagi ujian ke kita2,, supaya kita siap siaga untuk mehnah n tribulasi yg mendatang. 
Moga hati hati kita terikat dengan Allah dengan alunan Quran zikrullah hubungan dengan ibubapa, adikberadik,sahabat guru   sentiasa diperbaiki

ape yang berlaku, maknanya ade yang tidak kene dgn diri kita.. REFLECT OURSELVES,, 
FORGIVE ME, MY <3 IS FULL OF REGRET T,T..


Read Comments

Sunday, August 12, 2012

Nafsu Tolonglah Pergi!

setiap manusia dibekalkan nafsu, panduan arah kebaikan atau keburukan.
kadang kadang dah bertaubat tapi disebab hasutan setan laknatullah extra nafsu yg jurus pada mungkar tetap juga terkandas.
Dalam surah Al-Isra; 32 ,la taqrobuzzina, innahu kana fahisyatauwasaassabila, jauhi zina.
zina mata hati lidah perbuatan. tapi, yang sekecil kecil nya yakni hati sering ada, termasok diri khilaf ni. :(
mind set sudah ada, setan ni mmg sejahat makhluk, sentiasa menyesatkan manusia, hanya akhidah,yekni kepercayaan pada Yang Esa mnjadi perisai. iman yang mantap, takut Pada Allah, pembalasannya.
Pintu Taubat sering terbuka utk mereka yang ikhlas dalam pencarian.. namun setelah bertaubat dia terkandas, ada kah lagi ruang untuk dia diampunkan? Oh Allah, diri ini memnag hinaa di pandangan Mu, pada Mu aku memintaa merayu. Janganlah pengaruh syaitan nafsu mengawal tindakan perbuatan ku. Aku Khilaaff.
TAKBIR! ALLAHUAKBAR. sebaik baik manusia ialah mereka yang bertaubat nasoha. berazam tidak melkukan dosa yang lalu. Tapi kita? sering juga terkandas....doa senjata mukmin
Read Comments