Tuesday, May 3, 2011

Kevlar and Dacron (:

Sedarkah kita bahwa ALLAH menjaga kita siang dan malam, menjaga kita 24 jam. ALLAH melayani kita baik saat kita sedar atau ketika kita tidur, ketika kita ingin melangkahkan kaki, ALLAH menggerakkah kaki kita, ketika kita ingin memegang sesuatu ,Allah pun menggerakkan tangan kita, ketika kita ingin merasakan makan ALLAH membantu kita memasukkan sampai kedalam perut kita sehingga kita bisa merasakan kenyang. Bayangkan apa jadinya bila ALLAH menarik nikmat-nikmat ini kembali? Semuanya jadi serba tidak kena.


Sepanjang sejarah Islam, ahli-ahli astronomi Islam telah menghabiskan masa mereka untuk menentukan arah kiblat dan mencipta alat-alat seperti astrolabe, di mana kemudiannya menjadi alat yang terpenting untuk pelayaran dan penjelajahan. Perlu diingati, kiblat pertama umat Islam sebenarnya bukan Kaabah tetapi Jeruselam dan umat terdahulu berkongsi arah dengan orang Yahudi dan kemudiannya arah kiblat telah berubah selama-lamanya ke Kaabah oleh Nabi Muhammad SAW.


 Mari sama-sama kita berfikir. Apa matlamat kita di muka bumi? Apakah tugas kita selaku khalifahNya?
Moga anda sempat berbakti untuk Islam. Senyumlah selagi anda boleh senyum. Ketawalah selagi anda boleh ketawa. Menangislah selagi anda boleh menangis. Ingat, Izrail pasti akan menjemput.


Islam mengajar kepada umatnya supaya menjaga 5 perkara iaitu agama, akal, keturunan, diri, dan harta. Kesemua ini boleh dilihat di dalam ayat Al-Quran atau hadis Nabi S.A.W. yang beredar sekitar pemeliharaan perkara-perkara yang telah disebutkan. 

sama sama ke arah yang diredhai Dia. saya i`Allah ke arh itu~ ((: -debardebarnungguresult-haisy-

0 comments:

Post a Comment