Wednesday, July 25, 2012

Islam Is Universal

(yaitu) orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan kehidupan dunia telah menipu mereka." Maka pada hari (kiamat) ini, Kami melupakan mereka sebagaimana mereka melupakan pertemuan mereka dengan hari ini, dan (sebagaimana) mereka selalu mengingkari ayat-ayat Kami. 7:51


pengisian tazkirah lepas terawih di surah kelmarin. 
bagaimana islam menjadi taruhan sebahagian mereka yang bertopengkan manusiawi..


Allah ya Allah. sebahagian kite ni haa, harap mengagungkan bangsa sendiri dan abaikan islam. Haram jadah, saat pemimpin melontar kan kata2 tu meng 'shock'kan sahabat2 tercinta beliau sebagai anak peneroka. (lihat Harakah) Hee. :D. 


tazkirah oleh ustaz naim amat memberi kesan, sebagai umat islam. ayat al'araf ;51 sebagai pnduan dimana takboleh amek islam ni juz'ijuz'i yakni separuh separuh. must be UNIVERSAL. 
islam diguna pakai pada semua aspek kehidupan, and definitely SYUMUL. 

ok, masuk hari ke5 berpuasa, dan tanya pada diri ape yang kita dah buat hari UNTUK ISLAM?
mesti sahabatsahabiah sume dah ade plan untuk bulan berkat ni?
huhu insyaAllah khatamkan QUran kalau boleh usai solat bacalah 2-4 pges , perbanyakkan ilmu agama, (nak dapat adik2 usrah nnti kenelah mantoppkan ilmu), revise notes for module cardiovascular sys n gastrointestinal sys. n buat kuih raye ^_^. iluv choc chip

Saat menaip menemani adik kecikku dekna smbil menghadap notes autacoid :)

bile balik dari terengganu adik tanya, Along nmpak bahagia:) ye saye sedang bahagia, sebab Allah berikan saye sepasang mak dan abah yang tak pernah jemu doakan saye, Allah juga berikan saye adik2 yg nakal n comel ni. insyaAllah satu hari nnti korang akan jadi pemuda2 islam. Allah kurniakan saye sahabat2 yang baik yg dtg tolong bantu saat sedih susah. Kurniakan saye seorang yang ikhlas dengan diri yang kurng ini. Moga Kalian Berada Dalam Junjungan Allah. Aminn.


cinta itu cahaya sanubari, kurniaan tuhan fitrah insani, dan dimana tercipta nya cinta disiti rndu bermula,, cinta ilahi cinta sejati mmbawa bahgia kkal abadi, cinta manusia hanya sementara cinta kan dunia yg akan fana,,,,, renungkanlah

dan ingatlah pesan imam Nawawi; aku mencintaimu kerana Agamamu,jika hilang Agamamu, maka hilanglah cintaku padamu

mantapkan ape2 yang perlu, senjata untuk masa depan insyaAllah ((:

Read Comments

Thursday, May 10, 2012

Ibrah Semalam

Firman allah s.w.t. yang bermaksud:" dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan,dan bertakwalah kepada allah kerana sesungguhnya allah amat berat azab siksanya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya)".(Al-Maidah : 2)


Assalamualaikum wbt buat teman ku


Allah Allah Allah! hari ini dapat lagi aku bernafas fil ardh di muka bumiMu. Alangkah bertuahnya insan yang terpilih untuk terus menjalankan amal maaruf nahi munkar. Tajuk nya Ibrah Semalam. 


Pertama, sewaktu kelas bi kami melihat satu cerita bertajuk children of heaven. tak silap berasal dari Iran. nationalite yang kaya tenaga nuklear. and the last session of the class, 'do u think M'sia can do the movie same like this sort of good awesome story? aku dalam hati pasti boleh, malaysia boleh! haha. moment yang paling bes dalaam cerita ni sewaktu dia masuk dalam pertandingan merentas desa semata mata untuk dapatkan sneakers untuk adik kesayangan dia. and that time he was young not in age of 'matang' lagi. bukan mahu bercerita perihal masalah kasut adik dia yang hilang pada mak abah dia, tapi itu cukup menambah beban pada ayah dia yang bertungkus lumus kerja n mak dia yang sedn sakit. jadinya dia dan adik dia cari ide how to get the new sneakers. Omy Allah, budak pon tahu tau macam mane tak nak bagi mak abah diorg tu susah hati. tapi kita? refleks balik pada diri, aku ni selalu jugak la, ade pape problem, mak mak mak.. sampai nenek belah abah tegur, buat la sendri, selesai kan masalah tu sendrii. sampai bila kita nak bergantung pada mereka?? one day bila dorang kembali kepada Yang Berhak, cane kita nak continoue hidup? T.T


agak sayu cerita tu. naseb baik saya duduk belakang, dapt bersembunyi di sebalik lampu yag malap untuk suruh  lacrimal gland ni keluarkan productnya. Ibrah nya, jadilah seorang abang kakak yang dapat jadi role model kepada adik adik ya. selagi kita boleh selesaikan masalah kita sendiri, cuba jangan menyusahkan ibu dan bapa kita dengan beritahu masalah kita yang kecik kemiut tu. padahal permasalahan mereka tu mungkin lebih akbar dari kite ni weii.


Kedua nya. yes, semalam ke hospital dan diajak oleh kak syafika n geng2 usrah lama saya. namun hati sudah ditetapkan. bak kata seorang senior. haha tetapkan hati sahaja yaa'. alang alang ke hospital terus g ke klinik psakit luar untuk masalah kepala saya ni.
masuk dalam hospital, terus di beri peluang untuk menyarung white coat kegemaran saya berlambang UniSza beserta stetoskop (belongs to kak aini). wad bersalin persinggahan pertama. And the first scene was.. saat pertarungan si Emak melahirkan anaknya. seorang nurse tak silap dibantu jururawat lain sedang memegang blade n benang2, saya tak tau name specificnya. Allahuakbar!! saya dan sahabat2 tengok, macam ni lah dulu kita dilahirkan si Ayah di sebelha memegang erat tangan si Emak. bilik bersebelhan seorang patient in pain tunggu masa untuk deliver the baby. sakitnya bukan kepalang.


di sebelah kiri, tampak seorang nurse lelaki sednng mengusap lembut seorang baby yang baru je lahir, humaira. pipinya kemerahmerahan. seorang bayi yang suci dilahirkan. bertambahlah jundi Allah di dunia untuk beramal ke jalanNya insyaAllah. 
 persinggahan kami seterusnya di wad lelaki dan sempat akak akak ajar pt yang ade aortic regurgitation. arrythmia, dyspnea nn.. 
akakakak suluh jari pt dri bawah untuk tengok sumthing. but i hve no idea ^__^. pt yang ade pitting edema, bilateral pitting edema, kakinya membengkak. dan seterusnya ke wad paediatrik. diarahkan untukk membuka kot, budak budak takut. huhu


kami memerhati dan refleks pada diri kami. betapa bertuahnya kita diciptakan dengan keadaan baik sihat tubuh badan tidak cacat fizikal. adik yang ade nephrotic syndrome nephritis syndrome tak sesevere nephrotic. dan baby taht have esopagus that doesnt connected with stomach. lubang ditebuk untuk bagi makanan n susu ibu terus ke dalam stomach. Wallahualam. 


ibrahnya, kita dijadikan Allah sangat indah istimewa ada akal yang boleh berfikir mana baik buruk. hanya mampu berfikir, okay Allah, thnaks for the nikmat yang tak terhingga. kadang2 kita tak dapat ape yang kita nak, pasti ade sesuatu yang lain menanti. Surah Al Baqarah; 216 'diwajibkan kamu berperang, sedangkan ia yang kamu benci. Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula amat buruk untuk kamu. Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui'.


duhai hati, Sabarlah. hidup ni selau ade option. right option or false option. u got one mark for the right. n vice versa. hidup untuk berjuang demi Agamaku. keluarga ku. maruahku . Wallahualam








make your day be new day. Saranghaeyo my girls..

Read Comments

Saturday, May 5, 2012

Surat untuk Kalian

assalamualaikum warahmatullah



Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
(Luqman 31:14) 


andai aje tulisan aku ni di baca oleh Keluarga ku. Abah Mak, along seikhlasnya minta maaf atas ape yang anak mu ini buat sepanjang dia hidup 20 tahun di muka bumi Allah. Mak abah yang tabah membesarkan aku dalam serba kekurangan. tak terkira hitung jumlah jasa yang kau berikan pada aku dan adik adik ku. Walau suara kau menunjukkan gemmbira namun hati kau hanya Allah je yang tau. saat aku bagitau perkara yang mengecewakan kalian aku tahu kalian memendam perasaan itu di hujung lubuk hati. tapi apa yang keluar dari bibir kalian ' tak pe long, usaha lagi' :'( aku kecewakan kalian. Mak Abah. semakin meningkat usia, maknanya sudah tidak lama lagi kita akan bersama di dunia yang sementara. aku ingin sekali melihat kalian bahagia melihat anakanak mu ni berjaya menjadi jundajundi Allah. Allahurabbi! sayu hati aku melihat peristiwa di warung tadi dimana anak beranak berniaga, ibunya berkata pada anaknya " cepat sikit siap, orang tunggu tu", dan anak nya menjawab ' kalau nak cepat, buat sendiri lah', masyaAllah cuba refleksi diri sekejap. aku macam tu ke? kadang kadang minda bawah sedar kita membuatkan kita berkata demikian walaupun bukan itu yang dipinta. Asif. along ni memang..... kadang kadang baik, manja. kadang kadang boleh berubah mood, panas baran, kurang ajar. Allah! :'( thanks Mak Abah, kalian tak pernah mengeluh dalam membesarkan kami. Maafkan along mak abah dan adik adikku . andai aku pergi dulu, kalian maafkan lah along. bukan niat along untuk jahat dengan kamu semua. cuma membetulkan kesalahan.


kenapa dengan aku ni? kadang kadang kena ingat balik ape yang kita dah buat untuk parents kita. jangan kita terlalu leka lalai bergembira dengan kawan kawan. sehingga kita tak sedar kat tempat kita tu, mak abah kita bertungkus lumus bekerja mendidik kita adik beradik. 


sometimes we need to cry to think about them. mom dad you're my strengthen ^__^


selamat hari jadi abah ku yang ke 47. 
insyaAllah anakmu ini bisa jadi seorang muslimah yang mampu dibanggakan olehmu abah. 


selamat hari jadi mak yang ke 46. aku ingin sekali jadi sperti mu tabah kuat cekal ((":
Read Comments

Saturday, April 28, 2012

Andai Dirimu Mengerti

"Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"

assalamualaikum sahabat ku,

aku di sini menanti kan diri mu supaya dapat bersama sama dengan aku menempuh ujian dakwah ini. walaupun kau sering berkata, eh nape x join daurah? ko ni x join usrah apehal? 

kawan. usrah itu definisinya keluarga, tafsiran nya begitu meluas, bukan setakat buat bulatan tadabur quran dalam seminggu sekali. kita boleh buat usrah ni bilebile je teman. contoh waktu makan makan dekat cafe, selitselitlah sikit dengan kata kata motivasi kepada kawan kepada kawan yang lain sekiranya teman itu berasa down sedih etc

bukan aku mahu mengelak dari bercakap perihal ini. namun aku mengharap kau mengerti duhai sahabat, fikrah kita mungkin berbeza namun ia bukan alasan untuk menjauhkan ukhuwah yang kita bina selama berada di alam dewasa.

Allah Taala mengingatkan (maksudnya), "Katakanlah; sesungguhnya aku diperintahkan supaya mengabdikan diri kepada Allah dengan ikhlas ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama" - Surah Az Zumar:11

ingatlah wahai sahabat dan untuk diri juga, sekiranya kau membaca, tujuan hidup kita bukan untuk mencari keseronokan duit harta bagai. diri ini dan kamu belum cukup ilmu, samasamalah kita tampung kekurangan itu. hamba Allah, khalifatullah, menjadi pendakwah kepada orang berdekatan dan orang lain. Allah taala takkan tanya ape yang agama buatkan untuk kamu, padahal Allah akan bertanya ape yangkamu buatkan untuk agamamu ini?? ape nak jawab nanti?

namun ingat pesanan Hasan Al-Basri, sesungguhnya apabila aku menasihati kamu bukan bererti aku ni terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri, seandainya seseorang itu dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka sedikitlah orang yang akan memberi peringatan

kita semua ni pendakwah, mungkin aku sedikit kecewa dengan jawapan salah seorang sahabat ku, aku bertanya kenapa tak join usrah, sudah ade peluang didepan mata kenapa tidak dirembat aja, sahutnya, nmpak peliklah aku masuk usrah. mungkin inilah yang dikata Islam bermula dengan asing dan akan kembali asing di akhir zaman. nauzubillah min zalik..Duhai teman. aku doakan semoga kamu berubah sedikit demi sedikit. itu lebih baik ^___^. 

alamaksusahnya nak lawan nafsu sndiri. Help me, anyone? :) Inallah' maana
a biento :DD


Read Comments

Thursday, April 26, 2012

Lovely Day

Assalamualaikum sahabat ku.
Firman Allah bermaksud “Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia.?(Surah al-Ra'd, ayat 28)

subhanallah, Allah dah bagi care dah macam mane nak jadikan hati jiwa kita ni sentiasa tenang tidak gundah. iaitu MengingatiNya. Zikrullah. banyak cara kita nak dekatkan diri kita dengan Pencipta kita. Contoh ana bagi satu situasi waktu kite berjalan jalan nak pergi ke kuliah. luangkan lah mas 10 minit tu tadabur alam atau pun berzikir sepanjang perjalanan. baru kita sedar Allahuakbar, allah dah bagi kite peluang bernafas lagi untuk hari ni.. Kurangkan gula dalam minuman llebihkan manis dalam senyuman. ^____^Kita tau senyum tu satu sedekah, gunakan lah otot pipi  tu untuk Senyum dengan makcikmakcik ataupun org tua yang bekerja sapu sampah .Hee. bukannye nak suruh anda mengurat bagai. Semalam banyak ibrah yang ana boleh dapat dari seminar kami, Lung Abscess. Pia u kene study lebih sikit laa tajuk ni. Oh Allah, satu suara dari seorang kawan pada saya. satu lagi kawan, pia cane ye u bercakap spontan sambil 'membuat lawak' kat depan? Sekiranya kita percaya dengan konsep sama level disisi Allah nescaya kita sedikit yakin untuk berdiri di depan. memang ana sedikit kecuakan di depan. tapi teguran kawan2 amat ana suka. terima kasih. sama level disisi Allah tu kite semua diciptakan Allah, walaupun ade kelebihan kekurangan masing masing, namun dari pandangan Allah semuanya equalll. hanya mata manusia di kaburi dengan hijab ketakutan prejudis .
semalam juga result eom sudah keluar. ^_____^ senyum lagi naa. usahalagi. jangan jadikan Alasan  dakwah yang menyebabkan begitu. keluar dari kepompong cengkerang siput tu. orang lain boleh buat  tau. Assyahid imam HAsan AlBanna, kewajipan tu melebihi masa yang adaa. so go go! 


- kepada kawan ku, aku tahu engkau membaca , ingatlah kita sama sama mengejar citacita bergelar doktor, namun amat payah sekiranya tidak disertai dengan Usaha Usaha. disertakan dengan niat lillahitaala. jangan dilonggokkan dengan masalah keduniaan tau ^___^ Allah tu Maha Mengetahui, kalau manusia berdekatan kamu tidak memahami. Allah memahami kamu. so dont be sad! jangan putus asa tau. :DD. kamu saya dan semua. kita ni pemuda pemudi Islam.kenapa malas nak baca buku? kan kite ni kurang ilmu? jadinya jomla sama menelaah ilmu Allah yang luas ni. 
Kalau kite dah memahami ayat 28 surah Ar Ra'du. samesame lah kite applykannye,


berbual dengan sahabat tadi katenye nak bina baitul Muslim cuti ni. sama sama lah kite nannti nak makan nasi minyak. mungkin dia cuma bergurau ^_^". ana kagum, dia selau berkata benar walaupun pahit, anda bace anda la yang terasa ye. 


saje nak berkongsi satu artikel dari seorang sahabat muslimin mengenai 
seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang...

1-Kuat agamanya.
Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yg tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-Baik akhlaknya.
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah.
Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.

4-Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-Tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6-Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7-Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.
A8-Rakan pergaulannya.
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9-Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab

10-Tenang wajah
Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap .



 jodoh pertemuan Rahsia Allah, hanya mampu berdoa diberikan yang terbaik :DA
Read Comments

Friday, February 10, 2012

Berkorbanlah Sikit!

"Allah RahmanuRahim kuatkan sahabat aku untuk tempuh segala onak duri kerna aku tahu  ape yang Dia bagi tidak lain dan tidak bukan hanya untuk KEBAIKAN kau sahabat" :D
Assalamualaikum ya sahabati. Maaf lama sudah pia tak menulis kat blog ini. Mungkin Busy dengan notanota, Alhamdulillah baru abes exam eos dan syukur lulus walaupun kene sedikit rintangan tok capai ayat LULUS tu. sampaikan aku dah redha sekiranya gagal untuk yang pertama ini, mungkin Allah nak bagi aku peluang kedua untuk memperkuatkan diri dengan subjek subjek yang sememangnya sukar ini. Sehinggakan dah takde air mate untuk dititik kan sebab kita dah buat yang terbaik Allah je yang uruskan yang selebihnya ;)

Dan memandangkan cuti 3 minggu ini, sahabatsahabat gunalah dengan sebaik mungkin ye. cari ILMU cari AMAL cari PAHALA. cuti 4 hari tu aku gunakan dengan sebetul betul cutinya lah~ Hee. yang penting dengan famili jalan jalan pegi ospital zoo makan makan shopping dan bertolak balik ke terengganu. dan yang selebihnya cari ilmu yang memang dah ade depan mate wuu. Ya Allah lazatnye cari ilmu yang Kau kurniakan. Bahagia je hidup berdamping lecturer buku2 nota2 kawankawan sepanjang cuti ni. Yang penting hati ,siapa yang tahu.rindu Famili, rumah, MAk ABah wan ana nurul naim uda and dekna.. Dekna genaplah 3 tahun pada 15/2,Asif la along x dpt nak balik tengok Dekna dlm umur 3 tahun tu.. ;(. Apepon most important, iman kene kuat, teguhkan pendirian , jadi Hamba Allah bukan untuk riak .setitik riak/sombong haram bagi kau untuk mencium bau syurga. 


-aku selalu dengar abah naim wan cakap pasal ustz naim yang selalu bagi kuliyah kat surau tempat aku tinggal n lastly dapat jugak aku ikut aritu di surau n terjumpa blog beliau ustaz naim.- 


nota seorang hamba MU
Da'ie ibarat tiram di laut, dihiris pepasir tercalarlah ia, sungguhpun terluka tetapi dipendam, sungguhpun pedih tapi tetap disimpan, namun akhirnya dibalas MUTIARA BERHARGA..... Perjuangan Islam bukannya ada pilihan tetapi satu amanah Allah, menuntut seribu pengorbanan bagi sesiapa yang dihatinya terselit IMAN dan TAQWA dan sedar dirinya bertuhankan Allah
Read Comments

Tuesday, November 8, 2011

Gram Positive Bacteria

 Assalamualaikum guys .prevent from sleepy sbntr.cek cek email tadi jumpa satu artikel dari teman sekolah dulu. Beliau kata As Reminder for US as a muslim (: jzkk

Katakan pada diri:

Apakah Allah redha padaku jika sebentar lagi tiba waktunya aku menemuiNya?
Apakah Allah terima rohku jika sebentar lagi aku dipanggil menghadapNya?
Apakah telah dilunaskan hutang-hutangku kepada Allah?
...
Apakah telah dilunaskan hutang-hutangku kepada makhluk Allah?
Apakah telah aku pohon kemaafan kepada orang yang telah aku zalimi atau orang yang telah aku sakiti hatinya?
Apakah masih ada dosa-dosa yang aku lakukan dan belum aku menyesali akan dosa itu?
Apakah telah aku berusaha buang dan padamkan segala kemaksiatanku dan keaibanku sewaktu zaman jahilku, moga dengan itu tiada lagi dosa yang terus mengalir kepadaku?

 
matikan kami dalam keadaan iman husnol khotimah ya Allah.
QuotationsWahai anak adam engkau dilahirkan dari perut ibumu dalam keadaan menangis, sementara orang disekitarmu tertawa. jadikan lah hari kematianmu, engkau tersenyum(karna jasamu) sementara orang disekitarmu menangis. karna ditinggal kan mu
 
 
siapkan apeape yg patot, microb patho, sling mngejar.the winner is... Microob.hoho! culture media Isnin, rama2 dalm perut la nnti. Kuatkan aku YaAlllah :DD
Read Comments